Model Cantik Meninggal Semasa Sedang Berkaraoke, Ternyata Ini Sebabnya

Seorang model sambilan dari Singapura meninggal dunia awal bulan ini selepas dilaporkan mengalami pendarahan otak ketika sedang berkaraoke bersama rakan-rakan.

Karen Stella Wong, 28,  sedang menyanyikan lagu bersama rakan-rakan di sebuah lounge karaoke pada 12 Disember lepas, apabila kepalanya menjadi sakit dan separuh badannya menjadi kebas.

Wong dikejarkan ke Hospital Besar Singapura di mana dia telah koma dan disahkan meninggal dunia tiga hari kemudian, lapor Strait Times.

Menurut media tempatan, Wong telah mengalami pendarahan pada otaknya yang juga dikenali sebagai intracerebral hemorrhage di mana ianya merupakan sebab kematiannya.

Wanita berusia 28 tahun yang bekerja sebagai perunding pemasaran dan model sambilan itu tidak mempunyai rekod perubatan yang berkaitan dengan pendarahan otak, lapor bapanya.

Buah pinggang dan hati beliau dikatakan telah didermakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.