Lah Teruja Jumpa Waris Mahsuri

Penyanyi lagu-lagu berunsurkan ketuhanan, Lah Ahmad, berkongsi rasa terujanya bertemu dengan waris keturunan Mahsuri, Rahimah Sanusi.

Lah menerusi Instagramnya memberitahu ketika berada di Phuket, Thailand, dia secara tidak sengaja telah singgah menjamu selera di sebuah kedai makan Tomyam milik waris lagenda pulau Langkawi itu.

“Sewaktu di Phuket, kami singgah makan Tomyam di sebuah kedai. Tauke kedainya yang baik hati hantar makanan sendiri ke meja.

“Bila ditanya, baru tahu rupanya dia adalah daripada keturunan Mahsuri yang kini menetap di Phuket Thailand,” tulis Lah pada gambarnya bersama Rahimah yang dimuat naik di Instagram, petik Sinar

Menurut bekas anggota kumpulan VE ini, Rahimah merupakan sepupu kepada Aishah iaitu waris Mahsuri yang pernah mendapat perhatian rakyat Malaysia ketika kunjungannya ke sini suatu ketika dahulu.

“Dia kata darah dia warna merah. Mahsuri saja yang berdarah putih,” seloroh Lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.