Hujan Lebat dan Angin Kencing Dijangka Landa Di Pahang, Johor – Met Malaysia

KUALA LUMPUR – Cuaca buruk dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang dan Mersing, Johor hari ini.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) yang dikeluarkan awal pagi ini, amaran cuaca buruk turut melibatkan kawasan di Kemaman, Terengganu, selain di Kuantan, Pahang; Segamat, Kluang dan Kota Tinggi, Johor Bahru.

“Kawasan lain yang terjejas amaran waspada cuaca buruk sehingga hari ini adalah Kudat dan Sandakan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Ranau, Sabah.

“Amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku sehingga 9 pagi, hari ini, di Kuala Penyu dan Beaufort, Sabah,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Met Malaysia mengesan Lekukan Tropika pada kedudukan 291 kilometer ke Barat Laut Palawan, Filipina dan 428 kilometer ke Timur Laut Kudat, Sabah, sekitar jam 5 pagi ini.

“Lekukan Tropika bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 35 kmsj. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ombak sehingga 3.5 meter di perairan Kudat dan Sandakan, Sabah,” katanya. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.