Doktor Meninggal Dunia Selepas Bekerja 18 Jam Tanpa Rehat, Jatuh Depan Pesakit

Seorang doktor wanita tiba-tiba pengsan di depan pesakitnya dan meninggal dunia akibat strok. Kejadian itu berlaku ketika doktor terbabit, Zhao Bianxiang, mengakhiri shif 18 jam kerja di sebuah hospital di China.

Zhao, 43, yang merupakan doktor pakar bahagian pernafasan, pengsan pada 29 Disember lalu dan meninggal dunia sehari selepas itu ketika berada dalam unit rawatan kecemasan.

Sebelum pengsan dia sempat mengunjungi pesakitnya dan sempat bertanyakan keadaan ibu pesakit tersebut.

“Bagaimana ibu mu?,” kata Zhao sebelum pengsan selepas tengah malam.

Beliau masuk shif malam sebelum pukul 6 petang dan terus bekerja tanpa rehat. Rakan-rakan sekerjanya menyifatkan Zhao sebagai seorang yang gila kerja dan sentiasa meletakkan tugas sebagai keutamaan utama.

“Pada waktu sejuk, unit paediatrics dan pernafasan mempunyai paling ramai pesakit. Selalunya doktor tidak dapat menamatkan tugas mereka ikut waktu yang ditetapkan kerana terlalu sibuk.

“Dr. Zhao sangat-sangat penat,” kata kawan sekerjanya.

Menurut laporan, China kini telah mengatasi Jepun dalam kematian melibatkan kerja berlebihan. Hampir 600,000 pekerja di China dikatakan meninggal dunia akibat kepenatan setiap tahun.

Antara Januari dan Julai 2017, seramai 13 orang doktor meninggal dunia akibat kerja terlalu panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.