Den Wahab Dan Aziz M Osman Ditipu Individu ‘F’

KUALA LUMPUR – Pelakon Terkenal Den Wahab serta Pengarah tersohor tanah air, Aziz M. Osman hari ini mendakwa mereka telah tertipu oleh wanita yang mereka gelarkan sebagai wanita ‘F’.

Insiden penipuan ini berlaku ketika mereka sedang bercuti di Korea Selatan bersama ahli keluarga masing-masing.

Ekoran daripada penipuan yang berlaku, mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis petang tadi di Balai Polis Mutiara Damansara.

Menurut Den Wahab, laporan ini dibuat bagi mengelakkan lebih ramai lagi orang yang ditipu oleh individu terbabit.

“Rupa-rupanya banyak lagi mangsa yang tertipu dan jadi atas inisiatif saya sendiri dan sebelum lagi ramai orang tertipu, jadi kami berpakat untuk buat laporan polis terhadap perempuan yang bernama ‘F’ ini,”katanya ketika ditemui media tadi.

Tambahnya lagi, individu tersebut sudah berjanji untuk memulangkan semula wang mereka, namun tidak dipulangkan.

“Seperti yang dijanjikan oleh perempuan yang bernama F ini, dia janji nak bayar balik, tapi harapanla, dia tak bayar,”ujarnya.

Bercerita mengenai masalah yang dihadapai oleh mereka ketika di Jepun, beberapa masalah yang terpaksa dihadapi seperti terpaksa keluar dari hotel dan mencari penempatan baharu.

“Pada hari ketiga, kami kena keluar di hotel yang kami kena tinggal dan kena cari tempat tinggal baru dan tiada transportation, bayangkalah saya dan anak-anak saya serta ada lagi 22 orang.

Namun ketika mereka menghadapi masalah di sana, pihak Arba Travel agensi membantu mereka membayar kos di sana sehingga mereka pulang ke tanah air.

“Saya berterima kasih kepada pihak Arba Travel yang tanggung kos tersebut, kalau tidak duit saya yang kena keluar.

“Atas inisiatif dari Arba Travel ini, mereka bayar semua kos sampai kami pulang,”katanya.

Sebelum ini, Den Wahab termasuk pengarah Aziz M Osman didakwa mengalami kerugian lebih RM55,000 selepas mendakwa ditipu seorang wanita yang menyamar sebagai wakil agensi pelancongan Arba Travel & Tours ketika mereka bercuti di Korea Selatan.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.