Bintang YouTube Dimarahi Netizen Jepun

TOKYO – Pengguna media sosial Jepun melahirkan kemarahan susulan penyiaran video oleh bintang YouTube, Logan Paul, yang memaparkan mayat seorang mangsa kejadian bunuh diri.

Menurut AFP, ratusan komen berbaur kemarahan memenuhi media sosial Twitter selepas Paul memuat naik permohonan maaf atas penyiaran video berkenaan.

Memetik BH, dalam video itu, Paul,23, menemui satu mayat di hutan Aokigahara atau turut dikenali sebagai ‘Hutan Bunuh Diri Jepun’, terletak di kaki Gunung Fuji.

Mayat berkenaan adalah seorang lelaki yang menggantung dirinya beberapa hari sebelum itu, dipercayai akibat tekanan perasaan.

Seorang pengguna Twitter, @j_rivoluzione berkata, adalah satu tindakan tidak masuk akal untuk Paul menyiarkan visual mayat individu yang membunuh diri akibat tekanan perasaan.

Seorang pengguna dikenali sebagai @spiffymiffy1 pula berkata, tindakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai supaya tidak menjadikan bunuh diri sebagai penyelesaian masalah, boleh dilakukan tanpa memaparkan visual mayat individu terbabit.

“Bunuh diri dan kemurungan adalah satu masalah amat serius. Tiada apa yang menggelikan hati dalam hal ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.