Berubah Pendiam Sebelum Lemas

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak dipercayai lemas dalam kejadian di Kampung Pengkalan Teri, Salor di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 petang mangsa, Alif Aiman Mohd Ali, 12, dipercayai mandi di kawasan sungai itu bersama tiga rakannya.

Ibu saudara mangsa, Azura Mohd Nor, 37, berkata, anak saudaranya berubah menjadi pendiam dua hari sebelum kejadian.

“Sebelum ini dia periang dan perangainya juga pelik apabila mengenakan baju yang sudah lama tidak dipakai.

“Memang pelik namun keluarga tidak menyangka perangainya yang berubah rupanya petanda ajalnya,” katanya, lapor Sinar

Azura berkata, sebelum lemas dia sudah pun naik ke tebing setelah ditegur penduduk supaya tidak bermain di kawasan sungai itu.

“Namun dia turun semula berhampiran kawasan tepi sungai dan tergelincir sehingga dibawa arus deras.

“Memang kami sedih dengan kejadian ini namun masih menunggu dengan sabar di kawasan kejadian kerana mayat masih belum ditemui setakat ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.