Baru Sahaja Merasa Bahagia Selepas Berkahwin, 18 Jam Berlalu Semuanya Berubah

Seorang pakar psikologi sekolah telah disahkan menghidap kanser payudara pada Disember 2016 lalu dan ia boleh saja meragut nyawanya. Disebabkan itu, Heather Lindsay, 31, telah mengatur majlis perkahwinan dengan kekasihnya, David Mosher, 35.

Mereka kemudiannya berkahwin di sebuah hospital tempatan dan 18 jam selepas itu Lindsay meninggal dunia.

Mosher memberitahu InsideEdition.com,: “Secara jujur saya merasakan ianya seperti majlis pengebumian berbanding majlis perkahwinan. Dan ini adalah saat yang paling sukar di dalam hidup saya.”

Pada mulanya, Mosher merancang untuk melamar Lindsay pada 23 Disember, 2016 setelah bersama lebih dari 2 tahun.

Pada mulanya Lindsay dan Mosher merasakan kanser itu sudah terkawal, akan tetapi pada September 2017, doktor memberitahu bahawa kanser tersebut telah merebak hingga ke otak dan paru-paru. Kedua-duanya sangat terkejut akan berita tersebut.

Pasangan ini kemudiannya mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan pada 30 Disember lepas. Namun doktor menyatakan Lindsay berkemungkinan besar tidak dapat bertahan sehingga tarikh tersebut.

Jadi pada 22 Disember 2017, Lindsay yang mengenakan baju pengantin dan terbaring di katil hospital, telah dibawa oleh jururawat dengan menggunakan kerusi roda ke gereja kecil hospital dan melangsungkan perkahwinan.

Pernikahan Heather Lindsay dan David Mosher

18 jam selepas melangsungkan perkahwinan, Lindsay disahkan meninggal dunia.

Majlis pengebumiannya telah berlangsung pada hari Sabtu, 30 haribulan, yang merupakan tarikh asal sepatutnya mereka melangsungkan perkahwinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.