4 Warga Singapura Maut Kemalangan Jalan Raya Port Dickson

PORT DICKSON – Empat warga Singapura termasuk seorang kanak-kanak terbunuh, manakala lima lagi cedera dalam nahas membabitkan lima kenderaan di simpang tiga Jalan Lukut-Sepang di sini, petang tadi.

Difahamkan, mangsa yang maut dalam kemalangan pukul 2.30 petang itu merupakan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream, manakala pemandunya cedera.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku dtr apabila sebuah lori yang dipandu dari arah Sepang, Selangor dipercayai melanggar sebuah motosikal lalu terbabas ke laluan bertentangan.

Menurut beliau, kenderaan berat itu kemudian dtr merempuh tiga lagi kenderaan lain iaitu Honda Stream, Mercedes dan Perodua Myvi.

“Nahas mengakibatkan lima cedera membabitkan tiga pemandu kenderaan di laluan bertentangan, seorang penunggang motosikal dan pemandu lori itu.

“Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, petik sebuah portal.

Tambah beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.