1,400 Kereta Terbakar

LIVERPOOL, England – Beratus-ratus kereta hangus dalam kebakaran tempat letak kereta bertingkat di bandar raya Liverpool, barat laut England pada malam menjelang Tahun Baru, kata perkhidmatan kecemasan kelmarin.

Menurut Reuters, gambar menunjukkan bangkai kenderaan dan ba­ngunan tersebut dilitupi abu tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Api turut mengakibatkan lantai konkrit di sebahagian daripada bangunan tujuh tingkat itu cair, menjadikannya tidak selamat, kata pihak bomba.

Polis Merseyside berkata, dianggarkan 1,400 kenderaan yang berada di dalam blok parkir itu musnah. Bangunan tersebut mempunyai 1,600 unit petak letak kenderaan.

Menurut pihak bomba, sebuah kenderaan di tempat letak kereta itu terbakar sebelum api merebak dan membakar kenderaan lain.

Kebanyakan mereka yang terjejas pula berada di bandar itu untuk menyaksikan satu pertunjukan kuda antarabangsa di stadium Arena Li­ver­pool Echo yang terletak berhampiran.

“Tempat letak kereta Arena Park Liverpool terbakar. Kebakaran besar tetapi tiada kemalangan jiwa berlaku, tempat perlindungan dan sistem pengangkutan disediakan di samping bantuan perubatan dan kecemasan,” kata Polis Merceyside di laman Twitter seperti memetik kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.