Hollywood Jadi Hollyweed

LOS ANGELES – Penduduk Los Angeles terkejut melihat papan tanda ikonik yang tertera nama Hollywood bertukar menjadi Hollyweed kelmarin.

 

Reuters melaporkan, papan tanda yang dipasang di lereng bukit Mount Lee pada tahun 1923 dipercayai menjadi sasaran vanda­lisme.

 

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles, Sarjan Robert Payne berkata, sistem televisyen litar tertutup di lokasi itu menunjukkan seorang individu berpakaian hitam yang dipercayai melakukan vanda­lisme tersebut sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan).

 

“Polis belum mengenal pasti mana-mana suspek setakat ini. Namun, dia akan didakwa kerana menceroboh sekiranya ditangkap,” katanya.

 

Sejenis bahan seperti kain tarpal digunakan untuk mengubah dua huruf O menjadi E, katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.