VIDEO: Sistem Sonar Kesan Bangkai Pesawat QZ8501 Di Dasar Laut Jawa

Jakarta – Pihak berkuasa Indonesia mempercayai mereka telah menemui bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang selepas mendapat imej sonar yang besar, merupakan objek gelap terdampar di dasar laut.

Objek yang dipercayai bangkai pesawat Airbus 320-200 itu dikesan dekat kawasan di mana serpihan dan mayat ditemui, lokasi terakhir pesawat tersebut.

Pihak berkuasa Indonesia berkata, mereka memperoleh imej sonar yang menunjukkan bahawa pesawat dalam keadaan terbalik kira-kira 30 hingga 50 meter di dalam laut.

Tujuh mayat ditemui di kawasan perairan itu setakat ini, dengan salah satu mayat adalah wanita yang memakai pakaian seragam pramugari.

Pakar penerbangan berkata, mayat yang berpakaian lengkap itu dapat menunjukkan bahawa pesawat itu tidak terjejas keadaannya ketika ia terhempas ke dalam air.

Bangkai tersebut dikesan berada di dasar Laut Jawa, iaitu sehari selepas penemuan serpihan pesawat yang pertama.

Namun belum ada maklumat sama ada pesawat berkenaan masih berada dalam keadaan asal atau sebaliknya.

Terdahulu, Ketua SAR, Bambang Soelistyo mengumumkan setakat ini pasukan menyelamat telah menemui enam jasad daripada pesawat berkenaan.

Kapal Perang Indonesia, KRI Bung Tomo turut menemui sejumlah besar barangan peribadi milik mangsa selain beberapa objek keras daripada bahagian pesawat QZ8501.

Antara objek yang ditemui termasuk peralatan kecemasan, satu unit tingkap kecemasan, beg berisi makanan, kasut kanak-kanak dan sebuah kamera.

Gerakan mencari bagaimanapun dilaporkan berdepan kesukaran kerana ombak besar dan hujan lebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.