VIDEO: JPJ Terus Komited, Pastikan Jalanraya Selamat Untuk Pengguna

Kuala Lumpur – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berazam untuk menjadikan persekitaran jalan raya sentiasa selamat perlu dilaksanakan secara komprehensif.

Menurut Ketua Pengrahanya, Dato Seri Ismail Ahmad tahun 2015 merupakan suatu cabaran yang bakal dipenuhi penuh dengan warna-warni.

“Sebagai agensi penguatkuasa JPJ akan bertindak proaktif dengan mengintegrasikan orang awam berhubung dengan isu-isu keselamatan jalan raya” katanya kepada SuaraTV ketika menyampaikan perutusan Tahun Baru 2015 baru-baru ini.

Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebanyak 85.7 peratus daripada kemalangan yang berlaku di lebuh raya berpunca daripada sikap pemandu antaranya memandu melebihi had laju, memandu dalam keadaan mengantuk serta keletiha.

Selain daripada itu, keadaan fizikal jalan raya dan faktor persekitaran turut menyumbang 10.6 peratus daripada punca kemalangan, manakala keadaan kenderaan (3.7 peratus).

Masalah seperti jalan rosak, berlubang dan tidak rata turut menimbulkan pelbagai kesulitan terutamanya kepada pengguna lebuh raya.

Menurut Ismail lagi penubuhan ahli Skuad Muda 1JPJ akan turut dijadikan platform penting bagi membantu untuk menggerakkan rakyat berbilang bangsa dan peringkat umur bersama-sama JPJ ke arah pembangunan negara khususnya menyampaikan masej kepada orang ramai tentang kepentingan terhadap keselamatan jalan raya.

“Selain itu, JPJ bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bakal menubuhkan Pasukan Kadet Jabatan Pengangkuatan Jalan Malaysia. Penubuhan ini adalah bertepatan pada masanya.

“Peribahasa “melentur buluh biar dari rebungnya” juga menjadi panduan JPJ bagi memastikan kesedaran tentang kepentingan keselamatan jalan raya dipupuk dalam diri setiap masyarakat dari peringkat awal lagi serta ianya dapat disemai secara berterusan sehingga pada masa yang akan datang” ujarnya lagi.

 

Berikut adalah teks penuh ucapan Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan sempena tahun baru 2015:

 

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ”Selamat Tahun Baru 2015” kepada semua warga Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Semoga kedatangan tahun baru ini, dapat kita bersama-sama memperbaharui iltizam dan menyuntik semangat baru bagi meningkatkan lagi budaya kerja cemerlang dan kualiti perkhidmatan yang tinggi demi menjayakan visi dan misi organisasi JPJ.

Kita meninggalkan tahun 2014 dengan penuh kejayaan. Transformasi yang dilaksanakan menunjukkan betapa kita terus releven untuk menjadi organisasi pengurusan penguatkuasaan pengangkutan jalan bertaraf dunia pada tahun 2020.

Kejayaan pada tahun 2014 membuktikan bahawa kita serius dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah agensi yang mengawalselia kenderaan motor, pemandu dan lalulintas jalan supaya sentiasa selamat dan efisyen.

 

Pada tahun 2014 transformasi JPJ bermula dengan:

1) Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Baharu (KPP): untuk melahirkan pemandu yang lebih kompeten

2) Tukar hak milik menggunakan biometrik: memastikan urusan tukar milik kenderaan dilaksanakan secara telus

3) Borderless registration/ pendaftaran kenderaan tanpa sempadan: memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran kenderaan melangkaui sempadan

4) Penguatkuasaan secara holistik: telah melahirkan dan meningkatkan perasaan sentiasa diperhati oleh penguatkuasa (POBC) dan kejayaan ops lebih muatan yang dilaksanakan dan akan diteruskan secara menyeluruh telah mendapat pujian daripada orang ramai.

Kejayaan 2014 sebenarnya hasil daripada usaha kita semua. Oleh itu, jutaan terima kasih kepada semua warga JPJ yang telah menyumbang ke arah pencapaian ini.

Teras kepada kejayaan ini adalah komitmen, pengurusan yang cekap dan tenaga kerja yang berkualiti. Untuk itu tahun 2015 kita harus masuk ke gerbang transformasi minda baru. Pengamalan disiplin yang tinggi dan berintegriti dalam kalangan warga kerja JPJ perlu dipertingkatkan lagi supaya penyampaian perkhidmatan yang ditawarkan adalah berkualiti.

Agenda utama kita di tahun 2015 merupakan suatu cabaran yang penuh dengan warna-warni. Kejayaan untuk menjadikan persekitaran jalan raya sentiasa selamat perlu dilaksanakan secara komprehensif.

Sebagai agensi penguatkuasa JPJ akan bertindak proaktif dengan mengintegrasikan orang awam berhubung dengan isu-isu keselamatan jalan raya.

Penubuhan ahli Skuad Muda 1JPJ akan menjadi platform penting bagi membantu untuk menggerakkan rakyat berbilang bangsa dan peringkat umur bersama-sama JPJ ke arah pembangunan negara khususnya menyampaikan masej kepada orang ramai tentang kepentingan terhadap keselamatan jalan raya.

Selain itu, JPJ bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bakal menubuhkan Pasukan Kadet Jabatan Pengangkuatan Jalan Malaysia. Penubuhan ini adalah bertepatan pada masanya. Peribahasa “melentur buluh biar dari rebungnya” juga menjadi panduan JPJ bagi memastikan kesedaran tentang kepentingan keselamatan jalan raya dipupuk dalam diri setiap masyarakat dari peringkat awal lagi serta ianya dapat disemai secara berterusan sehingga pada masa yang akan datang.

Program My Lesen juga bakal menjadi program yang mendukung hasrat kerajaan Malaysia iaitu “merakyatkan perkhidmatan awam”. Program ini bertujuan untuk membantu hampir 300 ribu rakyat Malaysia yang layak memiliki lesen memandu asas B2.

Terdapat banyak lagi transformasi di bawah sistem MySikap JPJ yang akan dibangunkan pada tahun 2015.

Akhir kata, tahun 2015 akan menjadikan JPJ sebuah agensi yang penuh dengan warna-warna ceria. Semoga semua warga JPJ akan terus berusaha ke arah kecemerlangan Jabatan bagi mencapai visi dan misi yang ditetapkan.

 

Nasihat saya kepada semua pengguna jalan raya di Malaysia, diharapkan agar sentiasa meletakkan keselamatan diri, keluarga, dan pengguna jalan raya yang lain sebagai kepentingan utama semasa memandu di jalan raya.

 

 

Selamat tahun baru 2015!

 

JPJ Boleh!

 

 

 

 

Dato’ Sri Ismail Ahmad
KETUA PENGARAH
PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.