Tujuh Mayat QZ8501 Ditemui Masih Duduk

Pangkalan Bun – Pasukan mencari dan menyelamat pesawat malang QZ8501 menemui tujuh mayat dalam keadaan duduk di atas kerusi dengan masih memakai tali pinggang keselamatan.

Penemuan dan pemindahan mayat itu dilakukan oleh kapal TNI AL, KRI Bung Tomo yang merupakan sebuah kapal tentera laut yang pernah dimiliki oleh Brunei.

“Kami jumpa dan angkut ke KRI Bung Tomo termasuk tempat duduknya,” ujar Komandan KRI Bung Tomo, Kolonel Yayan Sofiyan.

Tiga daripada tujuh mayat tersebut ditemukan terikat di kerusi yang sebaris, dipercayai satu keluarga.

“Ada mangsa, dua laki-laki dan satu perempuan. Mungkin satu keluarga kerana mereka duduk sebaris,” jelasnya.

Beliau memberitahu, dua mangsa juga duduk bersebelahan, sementara dua mangsa lain duduk berasingan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.