Madonna Nafi Bersifat Perkauman

New York – Madonna mempertahankan dirinya daripada kritikan pelbagai pihak, terhadap tindakannya memuat naik gambar pemimpin berkulit hitam yang diubah menyerupai imejnya sendiri dalam album terbarunya.

Kulit album terbaru Madonna yang berjudul “Rebel Heart”, menampilkan gambar muka penyanyi itu disilang dengan tali hitam.

Manakala Instagram pemenang Anugerah Grammy sebanyak tujuh kali itu pula dimuat naik gambar bekas aktivis sosial merangkap pemimpin Pergerakan Hak Sivil Afrika-Amerika, Martin Luther King Jr. serta bekas Presiden Afrika Selatan, Mandela yang turut dililit tali hitam.

Ada pihak yang menganggap tindakan Madonna itu melampau.

Dalam satu kenyataan pada lewat malam Jumaat, Madonna berkata, dia tidak membandingkan dirinya dengan kedua-dua tokoh terkenal itu, sebaliknya menganggap mereka juga memberontak.

Dia mempertahankan dirinya daripada dituduh bersifat perkauman, dengan mengatakan imej-imej itu berasal daripada peminatnya, selain menegaskan dia turut memuat naik gambar individu terkenal yang bukan berkulit hitam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.