Lelaki hilang disambar buaya

KUCHING: Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai disambar buaya ketika memasang pukat di sungai berhampiran Kampung Soh, Jalan Kuching-Serian, di sini kira-kira jam 11 malam tadi.

Difahamkan, Idris Yaakub, 56, keluar memasang pukat berhampiran rumahnya kira-kira jam 6 petang sebelum tiba-tiba dilaporkan hilang.

Berikutan itu, sebuah jentera bomba bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Operasi SAR disambung semula jam 8 pagi dengan bertumpu kepada pencarian di lokasi mangsa kali terakhir dilihat anak-anaknya sebelum dilaporkan hilang di sungai berkenaan. -BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.