Anggota Polis Maut Tertembak Diri Sendiri

Kuala Lumpur – Seorang anggoa polis dijumpai mati dipercayai tertembak diri sendiri di bilik air kantin di luar Ibu Pejabat Polis (IPD), Baling, awal pagi tadi.

Konstabel Abu Bakar Mohamad Noor, 44, yang bertugas di unit peronda ditemui terbaring oleh tukang kebun dengan kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya.

Difahamkan, mangsa meninggalkan seorang isteri dan lima anak yang berusia antara 14 hingga 22 tahun.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.