Peniaga Mengeluh Rugi Berniaga Di MAHA 2018

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Peniaga-peniaga yang terlibat dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2018 di Dewan Maeps, Serdang mengeluh mengalami kerugian yang agak besar pada tahun ini.

Pemilik akaun Facebook, Abam Peah dalam statusnya membuat perbandingan menyertai MAHA tahun ini dengan tahun-tahun yang sebelumnya adalah amat mengecewakan.

Katanya, selama 11 hari terbabit dengan MAHA, jualan yang didapati tidak menghasilkan pulangan modal semula tidak seperti jualan yang dicapai ketika berlangsungnya Agro Fest Selangor.

Malah, ramai peniaga yang mengeluh ekoran dari kerugian yang dialami serta mengakhiri jualan mereka di Maeps itu.

MAHA merupakan jualan hasil dan produk pertanian yang diyakini menjadi daya tarikan pengunjung dalam dan luar negara.

Ia telah berlangsung sejak 22 November dan berakhir pada 2 Disember, hari ini.

Terdapat 1,500 khemah jualan yang dibuka seperti produk industri asas tani (IAT), buah-buahan dan sayur-sayuran segar, anak-anak pokok bunga, ikan dan makanan laur segar dan pelbagai lagi. – Suara.TV

Lain-Lain Berita Menarik;-

Najib, Pak Lah Naikkan Gaji Kakitangan Awam Punca Kenaikan Kos Sara Hidup, Kata Dr Mahathir

Siti Kassim Tewas, 8 Calon Anti ICERD Menang Jawatankuasa Majlis Peguam

Video: Penjaga Pintu Syurga Halau Najib Masuk Ke Neraka, Kata Mahathir

Video: Kalau Pengguna Tak Beli Barang, Tak Perlu Bayar Cukai SST – Mahathir

6 thoughts on “Peniaga Mengeluh Rugi Berniaga Di MAHA 2018

  • December 3, 2018 at 5:08 pm
    Permalink

    Mana satu betul?? Kerajaan kata untung..peniaga cakap rugi??,,

    Reply
    • December 3, 2018 at 6:04 pm
      Permalink

      Hahaha. I am more likely to believe peniaga rather than kerajaan…..

      Reply
    • December 5, 2018 at 10:54 am
      Permalink

      Saya peniaga memang tak balik modal tambah tambah sewa booth mahal.

      Reply
  • December 3, 2018 at 8:22 pm
    Permalink

    MAHA sepatutnya menjadi medan utk jalin urusan niaga para petani, IKS, SME dgn pemborong, pengedar dan pengekspot bagi meningkatkan pasaran. Sebaliknya, pihak MAHA menjadikannya medan sewa ruang niaga mahal kpd pengeluar hasil tani. Akibat sewa mahal, harga barang di MAHA pun kena jual pd harga mahal. MAHA gagal bantu perluaskan peniagaan hasil tani kecil-kecilan atau sederhana. Sebaliknya pihak MAHA buat kenyataan gah berjaya. Berjaya pd siapa, penganjur atau peniaga kecil dan sederhana. Kem Pertanian perlu teliti semula misi dan visi MAHA.

    Reply
  • December 4, 2018 at 12:10 am
    Permalink

    Management teruk…jalan jauh sgt…tram penuh…shuttle nampak kita jalan dgn anak kecil buat dekkk jerr….mmg first and last lah dtg….tanya RELA,ada yg tak reti bahasa Melayu,dh mcm ambil staff Cina Tanah Besar tuh..1 habuk dia ckp tak faham langsung…about food,order char kuew teow arang tawar hebeh,last2 masuk tong sampah…hari Jumaat time solat Jumaat,1 tram pon takde…takkan pemandu perempuan takde???mcm txde back up plan langsung….dtg dr JB ok sbb tuh ngeluh panjang….gerak kul 2 pagi,masuk MaHA jalan jauh mcm tuh,penat giler,dgn panas lagi…anak dh buat perangai,apa lagi terus balik,tak sempat pusing habis pon…buang tenaga shj…

    Reply
  • December 6, 2018 at 8:03 am
    Permalink

    Menteri kena buat post-mortem supaya next MAHA lebih baik.. Feedback yg lepas2.tu amik kira. Team yg ada tu review, sewa kena review. Jgn kira nk untung jer. Organiser kena telus, jgn ada org tengah bab sewa gerai/kiosk/booth ni nnt jd mcm kerajaan dulu, bnyk ‘org dalam’ mkn untung atas angin.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.