Pemuda UMNO Desak Penyelewengan Dana TH Disiasat Segera

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno mendesak polis segera menyiasat laporan polis yang dibuat Tabung Haji (TH) berhubung penyalahgunaan dananya.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, siasatan ini perlu disegerakan atas dasar kepentingan awam dan mengelakkan rakyat berterusan berpolemik mengenai reputasi institusi Islam itu.

“Pemuda Umno menegaskan bahawa isu berkaitan integriti dan moral tidak boleh sesekali dikompromikan apatah lagi apabila melibatkan institusi agama yang diharapkan rakyat mengamalkan prinsip tadbir urus pada tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, TH membuat laporan polis terhadap bekas pengurusan tertinggi dan beberapa kakitangan kanannya berhubung penyelewengan dana berjumlah RM22 juta dan penjualan 95 peratus pegangan milik anak syarikatnya melibatkan jumlah RM3.8 bilion.

Dalam pada itu, Asyraf berharap proses perundangan berjalan dengan adil, telus dan tanpa prejudis di mahkamah kelak dan bukannya dihukum di pentas media.

“Pemuda Umno juga konsisten berpendirian bahawa selagi tidak disabitkan hukuman, seseorang itu berhak dilayani sebagai tidak bersalah berasaskan prinsip Islam dan prinsip perundangan,” katanya. – SINAR HARIAN

4 thoughts on “Pemuda UMNO Desak Penyelewengan Dana TH Disiasat Segera

  • December 2, 2018 at 4:53 pm
    Permalink

    Kalau tk bagitau pun tetap disiasat?? Inilah kerakusan kezaliman parti korup dulu?? Duit halal bersih pun korang rembat?? Apa agama korang yg rembat?? Belum jatuh hukum pun dana da hilang?? Apa kau cakap baik sgt ke korang?? Memang disonglap olih para2 pengsonglap topeng syaitan?? Siasat dakwa
    Tuduh jatuh hukuman yg seberat2nya kerana tergamak mencuri duit pelabur2 islam ?? Da miskin sgt ke rembat duit?? Yg miskin hina pun tk kan sanggup tergamak curi duit TH.. tapi korang memang perompak?
    Hukum semua yg sekongkol pecah amanah..sbb tu korang bungkus teruk tamak haloba khianat takbur bongkak angkuh zalim pedoman panduan korang selama ini..!!

    Reply
  • December 2, 2018 at 4:57 pm
    Permalink

    Akan ada byk lagi skandal2 selepas ini…nfc.fgv.felda.felcra .panel solar. 1mdb.rampasan juta2..byr jamin pun juta2 ..mana ambil duit?? Duit gaji? Duit kumpul masa kecil2 dulu? Ke ada kroni2 yg belum dicekup?? Tk mana pun..korang da rosak serosak2nya…hancur musnah… khianat zalum tindas aniaya rakyat…

    Reply
  • December 2, 2018 at 4:59 pm
    Permalink

    Semoga terhukum pengkhianat ini yg telah pecah amanah rasuah dan segala salahlaku gubsl wang haram dsbnya.. rakyat tk sabar tunggu hukuman yg akan penyangak2 ni terima..

    Reply
  • December 2, 2018 at 5:02 pm
    Permalink

    Sprm juga kena siasat sapa kawal urus passport pati dulu?? Mgkn dimanopoli olih yg diatas dulu?? Byk lagi skandal2 parti dulu yg menyalahi undang2?? jgn lari tau??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.