Pelajar UIA Terkejut Baju Bantah ICERD Dapat Sambutan Hangat

KUALA LUMPUR – Menjelang perhimpunan aman menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), 8 Disember ini, pelbagai pihak mula menjual pakaian untuk himpunan tersebut.

Antaranya pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Hadi Othman, 25 yang menjual pakaian tersebut untuk menampung yuran pengajiannya.

“Baju ini dijual dalam lima corak yang berbeza dengan pelbagai harga bermula RM20 sehelai manakala RM15 untuk belian secara borong.

“Dalam masa lima hari sahaja kira-kira 1,000 helai pakaian sudah terjual dan sambutan diluar jangkaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pemilik akaun Facebook Baju ICERD Murah itu memberitahu, selain jualan dalam talian dia juga bercadang untuk menjual pakaian tersebut di Dataran Mendeka pada hari himpunan tersebut.

“Bukan mahu mengambil kesempatan tetapi saya yakin peserta himpunan mencari pakaian yang bersesuaian sebab itu saya menjualnya.

“Tidak sangka cubaan itu membuahkan hasil malah saya sedang membuat persediaan untuk mengeluarkan baju t-shirt muslimah bagi himpunan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.