Budak Lelaki 5 Tahun Tekan Tubi 3,202 kali

CHECHNYA – Usianya baru mencecah lima tahun, namun budak lelaki ini berjaya memecahkan enam rekod dunia dengan melakukan tekan tubi sebanyak 3,202 kali.

Menurut laporan, Rakhim Kurayev, yang dikenali sebagai Chechen Schwarzenegger, melengkapkan semua catatan rekod baharu itu dalam tempoh 2 jam 30 minit.

Pemimpin Republik Che­chen, Ramzan Kadyrov menyatakan, kanak-kanak tadika itu melakukan tekan tubi 1,000 kali dalam tempoh paling singkat iaitu 40 minit 57 saat.

“Tekan tubi 2,000 kali disudahkan dalam masa 1 jam 30 minit dan 47 saat di samping rekod dunia bila­ngan tekan tubi paling ba­nyak dalam masa sejam iaitu 1,419 kali.

“Dia mencatatkan 2,559 kali tekan tubi dalam masa 2 jam dan 3,000 kali dalam tempoh paling singkat iaitu 2 jam 22 minit dan 9 saat,” kata Kadyrov.

Beliau menambah, kanak-kanak itu mampu mengula­ngi catatan rekod tersebut di hadapan wakil Suruhanjaya Buku Rekod Rusia.

Sebelum ini, Kadyrov pernah menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz baharu berharga AS$35,700 (RM149,250) kepada Kurayev kerana melakukan 4,105 tekan tubi tanpa henti selama 2 jam 25 minit. Bagaimanapun, rekod itu tidak diiktiraf secara rasmi oleh suruhanjaya berkenaan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.