Lelaki Curang Akhirnya Ditangkap Isteri Selepas Kekasihnya Muatnaik Gambar Dari Bilik Tidur Mereka

Lelaki ini telah curang dengan isterinya untuk seketika tanpa pengetahuan wanita itu. Namun betullah kata orang, kalau benda yang `busuk’ akhirnya akan terdedah dengan sendirinya.

Isterinya, Yulia Agranovych dari Rusia hanya mengetahui mengenai kecurangan itu selepas melihat pemandangan luar bilik tidurnya dalam Instagram wanita lain.

Vlada Abramovich

Yulia mengesan perkara itu ketika membelek akaun instagram seorang wanita, Vlada Abramovich dan tiba-tiba melihat gambar suaminya, Nazar Grynko dalam akaun media sosial Vlada.

“Saya tak cari apa-apa pun, ia hanya perkara biasa yang saya lakukan pada waktu pagi. Seperti orang lain saya mula melihat Instragram saya dan tiba-tiba saya lihat akaun Instagram Vlada.

“Rupanya wanita itu dan saya mempunyai rakan-rakan yang sama. Saya membelek Instagram Vlada itu dan melihat banyak gambar menarik dan mengejutkan apabila melihat gambar suami saya bersama pemandangan cantik kawasan sekeliling, dari bilik tidur kami,” katanya.

Yulia kemudiannya bersemuka dengan suaminya. Pada mulanya Nazar menafikan mempunyai hubungan dengan Vlada.

Nazar berbohong yang dia telah menjemput wanita itu bersama dengan rakan-rakan lain untuk minum di rumah mereka selepas menonton wayang.

Wanita itu juga, kata Nazar, bukan kekasihnya sebaliknya adalah rakannya.

Namun Yulia tidak percaya kerana seorang kawan tidak akan masuk ke bilik tidur sebaliknya hanya ke dapur untuk minum.

Yulia juga bersemuka dengan Vlada. Tidak lama kemudian Vlada menutup akaun Instagram sedia ada tetapi membuka akaun yang baru.

Dalam akaun baru itu, Vlada merungut mengenai Yulia. Yulia kini telah menceraikan suaminya dan dia juga berterima kasih kepada Vlada kerana mengajarnya satu pelajaran yang penting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.