Gara-Gara Nama Wifi, Penerbangan Dilencongkan

NAIROBI/ISTANBUL – Sebuah pesawat Turkish Airlines terpaksa dilencongkan pada Khamis selepas seorang penumpang dilaporkan menerima mesej ‘bom dalam pesawat’.

Namun mesej itu sebenarnya ialah nama wifi yang digunakan salah seorang penumpang.

Pesawat dari Nairobi ke Istanbul itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Khartoum, Sudan.

Laporan Reuters menyebut selepas pemeriksaan, tiada sebarang ancaman dikesan dan pesawat dibenarkan meneruskan perjalanan.

Syarikat penerbangan itu juga mengesahkan wifi ‘bom dalam pesawat’ itu dikesan ketika penumpang berada di dalam pesawat.

“Pakar kami yang membuat siasatan mendapati wifi itu dibuat dan dinamakan selepas penumpang itu menaiki pesawat.

“Namun, tiada bahaya dikesan dan penerbangan diteruskan beberapa jam selepas itu,” kata jurucakap penerbangan tersebut kepada Reuters, lapor Awani.

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama penumpang terbabit dan tiada maklumat sama ada dia ditahan atas kesalahan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.