Dia Bukan Islam, Tapi Sedekah Di Surau

Terharu dan pastinya sebak bila ada orang bukan Islam yang memberi sedekah dalam projek Gerubok Rezeki Surau Al-Qudwah, Prima Damansara.

Individu yang tidak mahu dikenali itu telah menyumbangkan wang tunai untuk pembelian makanan.

Tiada istilah Islamophobia atau sebarang isu dalam lelaki ini menghulur bantuan.

Memetik Facebook Syahril A Kadir, rata-rata netizen memuji tindakan individu berkenaan.

“Dia bukan beragama Islam, Tetapi dia tahu projek Gerubok Rezeki yang kami buat di Surau Al-Qudwah kami adalah untuk mafaat semua, termasuk yang bukan beragama Islam.

“Nampak tak? Bila kita ikhlas nak membantu atas nama Tuhan, Dia akan buka pintu hati sesiapa saja yang Dia suka,” kata Syahril, lapor Sinar.

Berdasarkan gambar yang tertera di laman itu, individu terbabit telah menyumbangkan RM250 melalui transaksi akaun.

“Good day bro, transfered RM250, hope it would be helpful. I would remain anonymous but for your records you can note is as contribution on my daughter’s name.

“Thanks and keep up the good work,” kata individu itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.