Demam Piala Dunia 2018 Bermula

Juara bertahan Piala Dunia, Jerman dijangka berdepan cabaran sulit dalam misi mempertahankan trofi dunia apabila diundi dalam ‘Kumpulan Maut’ bersama Mexico, Sweden dan Korea Selatan dalam aksi Kumpulan F Piala Dunia 2018 Rusia.

Tengah malam tadi, undian Piala Dunia 2018 anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berlangsung di State Kremlin Palace di Moscow, Rusia yang menentukan kedudukan 32 pasukan negara yang layak bermain pada kejohanan itu yang bersaing dalam lapan kumpulan.

Apa yang pasti, keputusan undian Kumpulan F lebih ‘meriah’ jika dibandingkan dengan keputusan-keputusan lain berdasarkan reputasi hebat Mexico dan Sweden selain cabaran Korea Selatan yang dijangka memberikan tekanan kepada skuad The Team itu, lapor Kosmo.

Mesir yang kembali bermain di pentas Piala Dunia selepas tempoh 28 tahun diundi bersama tuan rumah kejohanan, Rusia. Arab Saudi dan Uruguay pula dilihat masing-masing memiliki peluang seimbang dalam aksi Kumpulan A.

Majlis undian itu dihadiri Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Turut hadir legenda bola sepak dunia seperti Pele, Maradona dan Cafu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.