Video: Zunar Dah Kecilkan Hati Orang Lain, Ini Tidak Bagus – Juragan

KUALA LUMPUR – Presiden Kelab Kartunis Malaysia, Mohd. Desa Omar atau lebih dikenali sebagai  Juragan menyifatkan tindakan kartunis Zunar sebagai tindakan yang mengecilkan hati semua orang.

 

Bagi beliau, tindakan provokasi Zunar itu melalui karyanya hanya membawa kepada keburukan dan ini tidak baik.

 

“Kita tidak boleh menghina orang lain, lukisan-lukisan kita tidak boleh mengecilkan hati orang lain.

 

“Kalau kita menghina terus seperti kartunis Zunar itu adalah hak beliau, tapi dia dah kecilkan hati orang lain, dan pada saya ini tidak bagus,” ujarnya ketika ditemui di Perhimpunan Agung Umno tadi.

 

Tambahnya, beliau bimbang ‘trend’ yang Zunar lakukan ini hanya akan memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.

 

“Beliau menggunkan kartun untuk politik, itu cara beliau.

 

“Orang melihat dia sebagai kartun politik, tapi yang saya bimbangkan ialah kita takut generasi lain menganggap perkara itu betul,”ujarnya.

 

Dalam pada itu, beliau menganggap kebebasan suara yang diamalkan di Malaysia ini perlulah dalam keadaan yang terkawal dan tidak boleh berkiblatkan sesuatu walaupun telah menerima pelbagai anugerah.

 

“Kita sebagai kartunis tidak boleh berkiblatkan sesuatu, tapi kalau kebebasan bersuara pun kita mestilah dalam keadaan yang terkawal.

 

“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya melahirkan rasa tidak puas hati kita.

 

“Itu hak dia nak terima anugerah dia luar negara, tetapi seperti biasalah, apa benda yang kita buat buruk untuk negara kita, akan diiktiraf dinegara luar,” katanya. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.