Waspada, Kawasan Paras Air Naik

Pasir Puteh – Kawasan rendah di daerah ini dalam pemantauan berikutan hujan lebat berterusan bermula hari ini.

 

 

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, walaupun beberapa kawasan paras air naik, setakat ini tiada penduduk yang diarahkan berpindah.

 

 

Katanya, penduduk masih lagi tinggal di rumah mereka dan pihak polis bersama pasukan keselamatan lain akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.

 
“Viral yang mengatakan penduduk berpindah ke pusat pemindahan banjir tidak benar. Kami minta semua penduduk berwaspada dan mendengar arahan daripada polis dan pasukan bertugas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

 

Manakala, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Mohd Anis Hussin berkata, beberapa kawasan yang rendah iaitu Kampung Raja, Tasek dan Bukit Awang dinaiki air yang mencecah satu meter.

 

 

“Setakat ini tiada arahan meminta penduduk berpindah ke pusat perpindahan banjir,” katanya.-Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.