Video: Zunar Tak Ikut Etika Kartunis

KUALA LUMPUR – kartunis terkenal, Juragan menyifatkan bahawa sebagai seorang kartunis, perlu mengikut etika yang telah ditetapkan dalam penghasilan karyan.

 

Menurutnya, ketika beliau diajar dan diasuh oleh Raja Kartun malaysia, Rejab Had ketika diawal pembabitannya, beberapa etika yang perlu dipatuhi dalam penghasilan karya.

 

“Cara-cara yang kita tonjolkan perlulah berhemah, kita ada etika kita sendiri.

 

“Kalau kita ikut apa yang kita ajar dan di asuh pada zaman saya di bawah bimbingan Raja Kartun malaysia, Allahyarham Rejab Had, kita ada pantang larang yang tidak boleh dilanggar.

 

“Kita tidak boleh menghina orang lain, tidak boleh kecilkan hati orang lain, dan tugas kita adalah menghibur,”katanya ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Putra.

 

tambah beliau lagi, melalui garis panduan yang diberikan, menunjukkan bahawa kartunis kontroversi, Zunar telah melanggar etika kerana beliau telah menghasilkan karya yang mengecilkan hati orang lain.

 

“Dan kalau kita lihat cara Zunar melukis, dan kita melihat Zunar bukan seorang kartunis tetapi ahli politik.

 

 

“Kartunis juga boleh mengkritik dan bukan hanya untuk hiburan semata-mata, kerana ada juga kartun yang berbentuk kritikan tetapi kritikan kepada individu.

 

“kalau kita menghina terus seperti kartunis Zunar, ia telah mengecilkan hati orang lain dan pada saya ini tidak bagus,” -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.