Video: Umno Terengganu Akur Keputusan Bersahabat Dengan Pas

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman, menyatakan bahawa Umno terengganu bahawa akan akur dengan sebarang keputusan Umno Malaysia mengenia persahabatan dengan Pas.

 

“Untuk kerjasama dengan Pas itu kita serahkan kepada Umno Malaysia, jadi untuk negeri Terengganu, kita akan akur dan mengikut apa yang diputuskan oleh Umno Malaysia,” katanya ketika ditemui media di Perhimpunan Agung Umno di PWTC tadi.

 

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (Lantikan) Umno berkata Umno Terengganu  sudah bersedia dalam menghadapai Pilihanraya Umum yang akan datang.

 

“Kita berada dalam landasan yang betul, dah hasil kerja kuat jentera-jentera kita dan saya mengucapkan tahniah kepada jentera-jentera umno negeri Terengganu kerana kita telah dinobatkan sebagai pertambahan keahlian yang tertinggi di peringat negeri dah bahagian.

 

“Ini menunjukkan jentera kita sudah bersiap sedia dan sekarang ini kita ada beberapa strategi yang kita sedang laksanakan,”-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.