Video : Tidak Pasti Jika Saifuddin Masih Melayu – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mahdzir Khalid mempersoal adakah Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah merupakan seorang Melayu.

 

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai Saifuddin yang mendakwa Datuk Seri Najib Razak melakukan kesilapan besar dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016) yang boleh mengundang bencana perkauman di negara ini.

“Saifuddin berada dalam pakatan harapan, Saifuddin berada dalam parti yang bersekongkol dengan DAP. Jadi Saifuddin mengakui itulah perlembagaan DAP, dan kalau itulah yang dibuat, bermakna itulah kerajaan yang dibentuk.

 

“Jadi Saifuddin ini saya lihat dia sedang mempertahankan sesuatu diluar daripada norma orang Melayu. Saya tak tahulah kalau dia masih Melayu,”katanya ketika ditemui di sidang media Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

 

Dalam pada itu, beliau berkata dalam pengucapan Najib, tidak menyentuh isu perkauman seperti yang didakwa Saifuddin.

 

“Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, Islam adalah agama rasmi persekutuan, tapi yang lain-lain itu tidak diganggu UMNO dan Barisan Nasional.

 

“Itulah yang disebut Perdana Menteri. Tapi satu lagi komponen dia sebut DAP dan parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) dalam DAP itu sendiri perlembagaan dia sendiri pun dah jelas.

 

“Apa yang disebut oleh PM pilihan rakyat. Maknanya dimana orang Melayu ‘clear cut’ bahawa dia tak tengok pun berkaitan dengan soal hak istimewa Bumiputera. Tak tengok pun Raja-Raja Melayu, Tak tengok pun bahasa,”katanya.

 

Sebelum ini, Saifuddin berkata, Najib telah menuduh DAP tanpa fakta, iaitu seolah-olah DAP anti-Melayu dan ant-Islam.

 

“Ia kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang perdana menteri,” katanya.

 

Tambahnya, sejak dalam Pakatan Rakyat, DAP bersama PKR dan PAS, bersetuju menegakkan keluhuran perlembagaan.

 

Ini, katanya, termasuklah menerima kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.-SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.