Video : Slogan ‘Sabah Untuk Sabahan’ Isu Lapuk

KUALA LUMPUR – ‘Sabah untuk Sabahan’ yang dibawa oleh Parti Warisan Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Apdal merupakan isu lapuk kata Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Nasir Sakaran.

 

 

Kata Nasir, rakyat Sabah sudah tidak lagi terperangkap dalam pemikiran kenegerian tetapi sudah melihat secara keseluruhan diperingkat nasional.

 

 

“Isu ini sudah pernah di bawa beberapa parti di Sabah. Isu sebegini sudah agak ketinggalan.

 

 

“Apa yang kita fikirkan bukan corak kenegerian. Kita perlu fikir secara keseluruhan. Fikir sebagai peringkat nasional,” ujarnya.

 

 

Beliau berkata demikian mengulas slogan Warisan itu dalam usaha menarik sokongan pengundi terhadap parti baharunya itu.

 

 

Nasir berkata, Shafie juga masih menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen Semporna walaupun tidak lagi menjawat jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian.

 

 

“Dia masih wakil rakyat. Kadang dia datang ke Semporna untuk buat kerja-kerja dia sebagai parti baru.

 
“Masih macam biasa kerana dia sekarang menjelajah sebagai presiden parti baru,” katanya lagi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.