Video: Penyokong Shafie Kunci Pejabat, Musnah Dokumen Umno

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan (Adun) Senallang, Datuk Nasir Tun Sakaran mendakwa berdepan dengan beberapa cabaran sejurus selepas mengambil alih kepimpinan Umno Bahagian Semporna.

 

 

Nasir ketika ditemui pemberita di perkarangan bangunan PWTC sebentar tadi berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa hampir 2 bulan untuk menyusun kembali pentadbiran Umno di bahagian.

 

“Keadaan kita di Semporna sudah pulih seperti sedia kala, (pada) peringkat awalnya Shafie keluar Umno memang banyak yang mungkin risau atau kekeliruan terutama sekali ahli di bahagian Semporna.

 

 

“Setelah kita susun kembali dan ia mengambil masa hampir 2 bulan untuk kita sediakan pejabat, selain itu fail-fail juga kita kena cari daripada pejabat Perhubungan (Umno) Sabh dan pusat kerana fail-fail lama tidak dikembalikan mungkin dimusnahkan pihak keluar Umno,” katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.

 

 

Nasir turut menjelaskan penyokong bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Afdal itu berkemungkinan ingin mengunakan semua dokumen tersebut untuk kepentingan politik mereka.

 

 

“Mungkin kumpulan Shafie (yang keluar dari Umno) merasakan itu pejabat tersebut merupakan banguna mereka sebab itu kita tidak lagi boleh gunakan pejabat itu.

 

 

“Mungkin semua dokumen-dokumen (fail pentadbiran Umno) itu mereka musnahkan atau nak gunakan sebagai rujukan mereka,” ujarnya pula.

 

 

Shafie, Julai lalu mengumumkan keluar UMNO dan tindakannya diikuti oleh Naib Ketua Datuk Dr Jaujan Sambakong, Ketua Wanita Manis Muka Dara dan Ketua Pemuda bahagian, Datuk Aziz Jamman.

 

 
Penyokong Shafie sebelum ini turut mendakwa 300 Ketua UMNO Cawangan Semporna turut bertindak mengumumkan untuk keluar UMNO sebagai tanda protes. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.