Video : Jangan Tuduh UMNO Rasis Jika Mereka Tiada Formula – Hishamuddin

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan pembangkang jangan menuduh UMNO rasis jika parti lain juga tiada formula untuk mengekang perkara itu.

 

Beliau berkata, Barisan Nasional sekurang-kurangnya mempunyai persefahaman dalam menangani isu rasis di kalangan pemimpin tertingginya yang terdiri daripada berbilang kaum.

 

“Sebab itu kalau dia nak tuduh kita, rasis dan sebagainya, saya mahu pulangkan soalan ini kepada mereka. Tunjuk bagaimana mereka nak tangani isu sebegini kalau sekiranya Perdana Menteri pun tidak boleh ditentukan, kepimpinan di peringkat tertinggi pun tak boleh nak ditentukan, pelbagai parti diluar sana, dipecahkan pulak dengan Sabah Sarawak dan semenanjung, kalau itu pun tak boleh diselesaikan diperingkat mereka, jangan tuding jari kepada kita.

 

“Kerana dibawah sana akhirnya mereka akan menentukan calon-calon mereka tak kira warna kulit, agama. Nanti saya akan bangkitkan balik apa yang mereka tuding jari itu adakah mereka dapat mencari formula yang terbaik, untuk memenangkan calon-calon mereka,”katanya pada sidang media bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

 

 

 

Dalam pada itu, beliau berkata, rata-rata pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini membawa mesej yang jelas mengenai ketaatsetiaan kepada parti.

 

Katanya, beliau berasa lega kerana semua pembahas menunjukkan semangat yang berbeza dengan perhimpunan tahun lalu.

 

Katanya, mesej yang disampaikan juga penuh kebertanggungjawaban untuk terus mengukuhkan kesatuan dalam parti.

 

Beliau berharap ‘mood’ dan rentak yang sama berterusan pada sesi perbahasan usul ekonomi, pendidikan dan agama.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.