Video: Ibrahim Ali Merajuk Dengan Mahathir, Dituduh Makan Dedak

 

KUALA LUMPUR – Ketua Umno Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Ali Rustam menyifatkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kecik hati dengan Tun Dr Mahathir Mohamed.

 

 

Ali ketika diminta mengulas mengenai keputusan Perkasa yang menolak untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu (PPBM) berkata Ibrahim merajuk dengan kenyataan Mahathir yang menuduhnya sebagai pemakan dedak.

 

 

 

“Ibrahim Ali saya tengok dia kecik hati dengan Tun M sebab tuduh dia terima dedak mungkin itu yang buat dia tersentuh.

 

 

“Selalunya dia yang kuat dengan Tun M (dan) itu mungkin penyebab dia keluar (enggan sertai PPBM), kiranya (kenyataan makan) dedak ini dia tak boleh terima,” ujarnya ketika diwawancara secara eksklusif SuaraTV petang tadi.

 

 

Mahathir yang juga merupakan Penasihat PPBM sebelum ini berkata malu dengan tindakan Ibrahim yang menolak untuk menyertainya kerana kerjasama dengan DAP.

 

 

Terdahulu bekas Ketua Menteri Melaka turut menjelaskan walaupun Ibrahim merupakan seorang pemimpin yang lantang namun beliau masih merupakan seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.