Umno Perlu Berhenti Minta Orang Melayu Bersumpah Setia

 
KUALA LUMPUR – Umno perlu berhenti mengungkit apa yang pernah kepada Melayu, sebaliknya perlu wujudkan tawaran baru bagi membantu mengubah nasib kaum itu, demikian kata Perwakilan Umno Johor Ayub Rahmat.

 

 

Sehubungan itu beliau mencadangkan penubuhan sebuah kumpulan khas yang terdiri daripada pakar-pakar Umno bagi menyemak dan merangka tawaran baru untuk dijadikan Agenda Melayu Maju.

 

 

“Apakah yang kami (Johor) maksudkan dengan tawaran baru ini? Ia adalah satu semakan radikal dan menyeluruh kepada agenda Melayu secara keseluruhannya.

 

 

“Ini adalah satu semakan radikal menyeluruh kepada Agenda Melayu secara keseluruhannya.

 

 

“Dalam tawaran baru ini kita mesti mengemukakan satu bentu pemaktuban yang lebih konkrit, lebih pragmatik, dan pastinya lengkap dengan iltizam Umno bagi menjawab isu orang Melayu pada abad ke-21.

 

 

“Akan ada mesyuarat khas Umno untuk membentangkan atau merasmikan transformasi Agenda Melayu Maju ini kita perbahaskan dan luluskan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Umno Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno 2016 hari ini.

 

 

Beliau berpendirian bahawa orang Melayu sebenarnya tidak terhutang budi kepada Umno namun sebaliknya.

 

 

Justeru itu menerusi tawaran-tawaran baru yang terkandung dalam Agenda Melayu Maju akan dijadikan simbolik penghargaan kepada kaum Melayu yang menjadi pemangkin utama kepada kelangsungan Umno sepanjang 70 tahun.

 

 

“Orang Melayu tidak berhutang budi kepada Umno. Umnolah yang berhutang budi kepada Melayu. Umno wujud dan memimpin Malaysia kerana Melayu. Umno tidak akan berada pada kuasa begini lama jika tidak kerana Melayu.

 

 

“Umno perlu berhenti meminta sumpah setia Melayu kepada kita. Sudah tiba masanya berhenti untuk meminta orang Melayu mengenang apa yang diberikan malah sudah tiba masanya berterima kasih kepada Melayu,” tambah Ayub yang juga Adun Kemelah itu.

 

 

Jelasnya lagi, dalam masa sama rangka agenda yang mengandungi aspek membina ekonomi, peningkatan kesejahteraan hidup selain pendidikan yang berkualiti juga boleh dijadikan sebagai tawaran kepada kaum itu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

 

 

“Apakah Agenda Melayu maju? Ia berkisar bagaimana Umno dapat membina kefahaman ekonomi Melayu, memastikan rang Melayu merasai kesejahteraan hidup yang mutu, menjadikan malaysia Islamik namun sederhana dan gobal, memberikan pendidikan berkualiti, menguruskan kerajaan dgn amanah dan berlandaskan amalan terbaik dan akhirnya ktia berjaya menjadi Melayu masyarakat yang terbaik.

 

 

“Biar orang Melayu menilai sendiri apa yang kita rancang dan mahu lakukan dengan masa depan orang Melayu‎,” katanya lagi.

 

 

Sebagai kesimpulan agenda ini juga menurut Ayub akan membuktikan Umno bukan parti politik yang retorik semata-mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.