Semak Cukai Sebelum Bercuti Ke Luar Negara – LHDN

Rakyat Malaysia yang mahu pergi keluar negara terutama pada musim cuti persekolahan ini dinasihatkan membuat semakan status sekatan perjalanan terlebih dahulu.

 

 

Ini kerana mungkin mereka tidak dibenarkan keluar dari negara ini kerana masalah tunggakan cukai pendapatan yang masih belum dilunaskan.

 

 

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam satu kenyataannya hari ini memberitahu, orang ramai boleh membuat penyemakan melalui Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di pautan http://sspi2.imi.gov.my.

 

 

“Selain daripada semakan di portal rasmi imigresen, pemberitahuan tindakan sekatan perjalanan kepada pembayar cukai yang dikenakan sekatan perjalanan turut dikeluarkan kepada pembayar cukai secara pos berdaftar dan dihantar ke alamat mereka yang berdaftar dengan LHDNM.

 

 

“Sekatan perjalanan ke luar negara merupakan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh LHDNM berdasarkan peruntukan Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 terhadap pembayar cukai yang gagal membayar tunggakan cukai mereka walaupun notis peringatan telah diberikan.

 

 

LHDNM juga ingin memaklumkan bahawa semua pembayar cukai yang disekat ke luar negara hendaklah membuat permohonan pelepasan daripada sekatan sekurang- kurangnya tujuh hari sebelum tarikh perjalanan ke luar negara.

 

 

Bagi memohon pelepasan ini, pembayar cukai perlu hadir ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai mereka sekurang- kurangnya tujuh hari sebelum tarikh perjalanan ke luar negara.

 

 

“Mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat destinasi, tujuan, dan tempoh ke luar negara. Membuat bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah cukai tertunggak dan membuat bayaran ansuran untuk baki selebihnya.

 

 

Pembayar cukai boleh menyemak prosedur pelepasan tujuh hari ini di pautan http://lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/18_Sekatan_Perjlnan.pdf.-MG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.