Penarik Kereta Maut Ditetak

TANAH MERAH – Seorang penarik kereta maut selepas ditetak dengan pedang oleh enam individu di Kampung Air Merah, Batu Gajah, Tanah Merah sekitar jam 2 pagi Jumaat.

 

Mangsa Wan Ishak Wan Ismail, 48, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian belakang badan dan kaki kiri serta hampir putus pergelangan tangan kanan.

 

Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa didatangi enam lelaki bertopeng yang bertindak menetaknya dengan pedang.

 

Menurut Din, mangsa kemudian rebah sebelum bertemu ajal.

 

Beliau turut berkata, suspek sudah dikenal pasti dan pihaknya akan menjalankan tangkapan dalam tempoh terdekat ini.

 

Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian tersebut berpunca dari dendam.

Kes di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.