Pemuda Gerak Jentera Di Luar Bandar – KJ

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pemuda UMNO akan menggerakkan jenteranya untuk menawan kembali mana-mana pengundi luar bandar yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

 

Beliau berkata, usaha itu juga akan melibatkan pengundi di bandar yang pulang ke kampung untuk membuang undi sekali gus memastikan golongan muda tidak terpedaya dengan fakta palsu pembangkang terutama di media sosial.

 

 

“Luar bandar merupakan kubu kuat kita, tetapi tidak bermakna kita lupakan pengundi bandar,”katanya.

 

Sebelum ini, Khairy menjelaskan Pemuda UMNO bersedia menggalas tugas dan memikul amanah dalam menggerakkan wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) fasa awal dalam kalangan orang muda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.