Najib Sertai Ribuan Jemaah, Solat Jumaat Di PWTC

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai ribuan jemaah menunaikan solat Jumaat di Dewan Tun Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini hari ini.

 
Turut sama menunaikan solat Jumaat, Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

 

Sebelum itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir menyampaikan khutbah Jumaat.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.