Najib Lancar Transformasi Digital Kelab UMNO Luar Negara

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Transformasi Digital Kelab UMNO Biro Pelajar Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Transformasi digital berkenaan berbentuk pengenalan laman web, aplikasi mudah alih, majalah tahunan dan sistem kad keahlian yang lebih interaktif untuk ahli-ahli Kelab UMNO Pelajar Malaysia di luar negara.
Berinspirasikan Transformasi Negara 2050 (TN50) yang diilhamkan Najib sendiri, Transformasi Digital Kelab UMNO Luar Negara mengambil pendekatan inklusif dalam melaksanakan sistem digital.
Laman web dan aplikasi mudah alih terbabit akan menjadi sebuah platform yang mengandungi hebahan dan laporan aktiviti, berita terkini dan maklumat-maklumat ahli kelab UMNO luar negara dari serata dunia.

Ia diperkenalkan bertujuan untuk memudahkan ahli-ahli Kelab  UMNO Luar Negara  dalan berinteraksi dan membantu penyebaran informasi dengan lebih baik kepada pihak kerajaan dan parti serta sebaliknya kepada ahli-ahlinya.

Turut bersama Naib Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.