Jepun Hapuskan 330,000 Ayam, Itik Elak Wabak Selesema Burung

 

TOKYO – Jepun menghapuskan lebih 330,000 ekor haiwan ternakan dalam usaha membendung penyebaran wabak selesema burung yang pertama kali dikesan selepas dua tahun.

 

AFP melaporkan, kenyataan pihak kerajaan semalam.

 

Yoshihide Suga berkata, pelan penghapusan itu merangkumi 16,500 ekor itik di ladang yang terletak di Aomori dan hampir 320,000 ekor ayam di Niigata yang bermula semalam.

 

Pihak berkuasa turut mengharamkan penghantaran ternakan atau produk ternakan di kawasan berhampiran ladang yang tercemar dengan wabak H5, selain membuat sekatan jalan raya utama.

 

“Wujud kebimbangan wabak ini akan tersebar ke bahagian lain di Jepun memandangkan terdapat jangkitan pada burung liar dan penyebaran penyakit di negara-negara jiran,” ujar Suga.

 

Sebelum ini, Jepun mengesahkan jangkitan wabak selesema burung di ladang pada tahun 2015. – AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.