Hampir 2,000 Anggota Keselamatan Iraq Maut

BAGHDAD -Hampir 2,000 anggota keselamatan Iraq dan beratus-ratus penduduk awam terbunuh di seluruh negara itu, sepanjang bulan lalu.

 

Menurut misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Iraq, 1,959 anggota keselamatan Iraq terbunuh, bulan lalu dan sekurang-kurangnya 450 anggota lain cedera.

 

Jumlah itu membabitkan anggota tentera, polis dan militan peshmerga Kurdis, angkatan kementerian dalam negeri dan anggota separa tentera prokerajaan.

 

Kenyataan PBB itu turut memaklumkan, sekurang-kurangnya 926 penduduk awam terbunuh dan ia menjadikan jumlah warga Iraq maut akibat keganasan dan konflik bersenjata, bulan lalu meningkat kepada 2,885 orang.

 

“Jumlah kematian ini amat tinggi dengan agak ramai penduduk awam menjadi mangsa,” kata wakil utama PBB ke Iraq, Jan Kubis.

 

Peningkatan jumlah kematian itu berlaku berikutan operasi besar-besaran untuk merampas kembali kubu kuat Daesh di Mosul dan ia adalah operasi ketenteraan terbesar di Iraq sejak bertahun-tahun lamanya. – AFP/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.