Cukai Tinggi Jika Syarikat AS Berpindah Keluar

Syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang meninggalkan negara itu akan menerima akibatnya, amaran oleh Donald Trump.

 

 

Amaran itu dibuat semasa beliau bercakap di India, dalam usaha menyelamatkan 1,000 pekerja syarikat Carrier Corp. yang merancang untuk berpindah ke Mexico.

 

 

Beliau kini dalam rangka lawatan “USA Thank You Tour 2016” kepada para penyokongnya.

 

 

Trump memuji rundingan dengan Carrier Corp. yang dijadikan model beliau bekerja dengan komuniti perniagaan Amerika Syarikat yang merancang berpindah keluar.

 

 

“Kami akan berhadapan dengan situasi yang mana mereka tahu: nombor satu, kita akan melayan mereka dengan baik dan nombor dua, akan ada akibat jika keluar dari Amerika.

 

 

“Mereka akan dikenakan cukai sempadan yang sangat tinggi jika mereka mahu meninggalkan Amerika,” katanya.

 

 

Carrier Corp telah dijanjikan dengan pakej pengecualian cukai sebanyak AS$7 juta untuk tempoh 10 tahun sebagai balasan menyelamatkan 800 pekerja jika syarikat itu berpindah ke Mexico dan tambahan 300 jawatan penyelidikan dan di ibu pejabat-BBC/MG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.