Video: Bukan ‘Memperbodoh’ Cuma…

KUALA LUMPUR – Perwakilan Puteri Umno Pahang, Norsarfinaz Mohd Azman menyifatkan kenyataan dalam ucapannya kelmarin mengenai isu memperbodohkan itu disalah tafsir.

 

Menurut beliau, memperbodohkan rakyat itu sebenarnya bermaksud jangan mengelirukan rakyat dan bukannya bermaksud ‘bodoh.

 

“Dia sebenarnya bukanlah maksudkan memperbodohkan itu you translate betul-betul bodoh, tapi dia lebih kepada mengelirukan, jangan mengelirukan rakyat.

 

“Apa yang saya maksudkan ialah ketelusan, jangan mengelirukan rakyat kerana rakyat di bawah ini tidak semestinya tahu mengenai statistik, tahu mengenai graf-graf yang canggih-canggih.

 

“Jadi jangan mengelirukan orang-orang seperti ini, berterus-teranglah,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung Umno.

 

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa ucapannya itu sebenarnya tidak berbaur amarah, namun ia hanyalah cara untuk menunjukkan rasa sayang terhadap parti.

 

“Dia bukan marah tapi sebenarnya itulah cara saya menunjukkan kasih sayang kepada parti.

 

“Setiap orang berbeza-beza menunjukkan kasih sayang mereka, kerana say berbeza dari yang lain,” ujarnya.

 

Bagi beliau, insiden ini tidak perlu disensasikan jauh sekali untuk terasa hati kerana semua perlu menerima dengan hati yang terbuka.

 

Terdahulu, dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa jangan ‘memperbodohkan’ rakyat mengenai isu yang melanda negara pada ketika ini.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.