Usaha Boikot, Tolak Bajet 2016 Sia-Sia, Kata Wan Azizah

KUALA LUMPUR – Tindakan memboikot Bajet 2016 di peringkat Jawatankuasa adalah satu perkara sia-sia, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 

Beliau berkata, pihaknya tidak berminat untuk meneruskan usahanya sebelum ini kerana yakin perkara itu tidak akan berjaya.

 

“Sebenarnya kita tak bincang untuk tolak (Bajet 2016) hari ini. Jadi kalau ramai tidak datang kami jangka sia-sia, kami fokus benda lain.

 

“Kami tahu ia tidak akan berjaya, kami pernah cuba, jumlah kami juga tidak mencukupi,” katanya.

 

Pada Selasa, Dewan Rakyat meluluskan Bajet 2016 bagi peringkat Jawatankuasa tanpa sebarang undi belah bahagi yang diusulkan pembangkang.

 

Perbahasan yang dipengerusikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee itu memutuskan Bajet 2016 bernilai RM267.2 bilion itu diluluskan apabila lebih suara menyokong.

 

Pada 16 November lalu, Bajet 2016 diluluskan pada peringkat dasar dengan undian belah bahagi apabila Pakatan Harapan membuat cubaan menolak bajet tersebut. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.