Ucapan Muhyiddin Tidak Berkesan Untuk Parti – Penulis Blog

PETALING JAYA – Keputusan untuk tidak membenarkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan persidangan serentak sayap-sayap pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 merupakan langkah tepat bagi mengelak ia dijadikan platform untuk menghentam Presiden parti.

 

Malah, ucapan orang nombor dua dalam parti itu dianggap tidaklah begitu berkesan kerana sewaktu merasmikan persidangan sayap-sayap pada perhimpunan agung yang lalu, cadangan Muhyiddin supaya pemilihan UMNO diadakan pada tahun ini tidak diulas langsung oleh ketiga-tiga sayap berkenaan.

 

Perkara itu dibangkitkan oleh penulis blog Awang Zabidi menerusi tulisan dalam entri terbaru di blog catatanzabidi.blogspot.my.

 

Menurut Zabidi, Muhyiddin hanya akan menjadikan peluang untuk melepaskan geramnya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Presiden parti sekiranya diberi peluang untuk merasmikan perhimpunan ketiga-tiga sayap berkenaan.

 

“Dua hari lepas Muhyiddin menghentam Najib di Pagoh. Cuba bayangkan jika Muhyiddin diberi peluang berucap di perhimpunan agung UMNO, hentaman Muhyididn sudah tentu menimbulkan kemarahan para penyokong Najib.

 

“Maka suasana kecoh berlaku di dalam Dewan Merdeka. Justru itu lebih baik Muhyiddin tidak dibenarkan berucap termasuk sewaktu menggulung perbahasan,” tulisnya di blog berkenaan.

 

Jelas Zabidi lagi, UMNO boleh memberi ruang kepada Muhyiddin berucap tetapi ia akan menjadi sesuatu yang tidak manis apabila orang nombor dua dalam parti menghentam ketuanya sendiri dalam perhimpunan tahunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.