Tiga Tonggak Harimau Malaya Sertai Terengganu

KUALA TERENGGANU – Tiga pemain Harimau Malaya bakal menyertai Terengganu pada musim ini.

 

Mereka dijangka menandatangani kontrak bersama pasukan itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, jam 11 pagi hari ini.

 

Pemain terbabit adalah pemain tengah Sarawak, Joseph Kalang Tie; pertahanan Kelantan, Amirizdwan Taj Tajuddin dan pertahanan Pulau Pinang, Yong Kuong Yong.

 

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Arpin Draman mengesahkan perkembangan itu.

 

Beliau berkata, ketiga-tiga pemain itu sudah bersetuju untuk menyarung jersi skuad Penyu, tahun depan.

 

Katanya, kehadiran mereka untuk mengisi kekosongan sembilan pemain musim ini yang digugurkan selepas kontraknya tidak disambung.

 

“Tiga pemain kebangsaan ini dijangka menandatangani kontrak untuk memperkuatkan pasukan mengharungi Liga Malaysia (Liga M), musim depan.

 

“Beberapa pemain tempatan lain termasuk awang import keempat yang menggantikan penyerang, Paulo Rangel berada dalam radar pasukan,” katanya. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.