Ratusan Penumpang AirAsia Terkandas Di KLIA2

PETALING JAYA – Beratus-ratus penumpang AirAsia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) terkandas pada Selasa selepas berbelas juruterbangnya kurang sihat.

 

Menurut laporan yang dipetik daripada Mstar Online, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan sekurang-kurangnya 12 daripada mereka menghidap selsema.

 

Selain membabitkan laluan domestik, ia turut membabitkan penerbangan antarabangsa iaitu ke ke Lapangan Terbang Don Meuang di Bangkok, Thailand.

 

Keadaan itu menyebabkan kekecohan apabila penerbangan terpaksa dijadualkan semula.

 

Situasi yang berlaku turut menyebabkan penumpang terpaksa bermalam di terminal selepas usaha memindahkan mereka ke penerbangan lain berdepan dengan masalah yang sama. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.