Najib Bentang Usul Persempadanan Pilihan Raya Sarawak

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini membentangkan usul mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak di Dewan Rakyat, yang menyaksikan cadangan tambahan 11 bahagian.

 

Najib berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesyorkan jumlah Bahagian Pilihan Raya bagi negeri Sarawak ditambah sebanyak 11 bahagian yang menjadikan jumlah keseluruhan 82 bahagian.

 

Katanya, syor itu telah diwartakan untuk dikuatkuasakan pada 5 Disember 2014.

 

“Bahagian pilihan raya yang baharu itu adalah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Bukit Goram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu,” katanya ketika membentangkan usul berkenaan.

 

Katanya, pertambahan bahagian pilihan raya ini akan dapat meningkatkan tahap perkhidmatan wakil rakyat kepada penduduk tempatan di Sarawak khususnya penduduk yang berada dalam kawasan bahagian pilihan raya negeri itu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.