Keganasan Di Seluruh Dunia Meningkat

Insiden serangan berdarah di Paris yang meragut sekurang-kurangnya 130 nyawa pada 13 November lalu terus menjadi topik hangat yang diperkatakan di seluruh dunia.

 

Media Barat sekali lagi menuding jari kepada orang Islam hingga mencetuskan gelombang baharu Islamophobia yang semakin membimbangkan.

 

Beberapa pihak mendakwa ia mungkin sebahagian daripada agenda negara Barat untuk melancarkan operasi false flag (menyalahkan pihak lain atas perbuatan mereka) bagi meningkatkan operasi ketenteraan di Syria selain bertujuan untuk mengekang kemasukan pelarian di rantau Eropah.

 

Indeks Keganasan Global (GTI) menunjukkan kematian akibat keganasan meningkat sembilan kali ganda sejak 15 tahun lalu dan 2014 turut disifatkan sebagai tahun paling dahsyat dalam abad ke-21.

 

Sementara itu, laporan Institut Keamanan dan Ekonomi (IEP) berpusat di London menunjukkan peningkatan aktiviti keganasan berlaku serentak dengan pencerobohan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq.

 

“Ketiadaan kuasa pusat telah mewujudkan puak berbeza fahaman yang mencetuskan keganasan di Baghdad.

 

“Insiden serangan telah meningkat dengan ketara di Iraq pada 2013 dengan jumlah kematian bertambah sebanyak 162 peratus berbanding 2012,’ menurut laporan setebal 111 muka surat itu yang menggunakan data keganasan global dari Universiti Maryland.

 

IEP mentakrifkan keganasan sebagai penggunaan kekerasan dan kekejaman sebagai cara untuk mencapai matlamat politik, ekonomi, agama atau sosial melalui ketakutan, paksaan dan ugutan.

 

Usaha Washington membelanjakan puluhan bilion dollar untuk operasi antikeganasan juga tidak berjaya mengekang keganasan.

 

Laporan dikeluarkan Rand Corporation mendapati hanya tujuh peratus kumpulan militan berjaya dihapuskan di bawah misi ketenteraan dilancarkan AS.

 

Menurut pertubuhan itu, rundingan dan keputusan memeterai perjanjian adalah cara paling berkesan untuk menangani kumpulan militan yang menyaksikan kejayaan sebanyak 83 peratus.

 

Kebanyakan kumpulan militan kini menyasarkan pasukan keselamatan dengan kekerapan lebih besar yang didakwa membawa kepada pencabulan hak terhadap penduduk awam selain boleh menyebabkan ketegangan menjadi lebih memuncak.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.